Pemerian dan sejarah Tugu_Wikipedia

Tugu dicadangkan sekitar tahun 2010[1] oleh Krzysztof Wojciechowski (filozof i socjolog), seorang profesor universiti dan pengarah di Kolej Polonicum Bahasa Poland: Collegium Polonicum w Słubicach di Słubice. Wojciechowski berkata, "Saya bersedia untuk berlutu di hadapan Wikipedia, itu sebabnya saya terfikir tentang sebuah tugu di mana saya dapat melakukan demikian"[2] Wikipedia bahasa Poland (polska Wikipedia) ialah sebuah tapak sesawang yang popular di Poland, dan dengan kandungan melebihi sejuta rencana, Wikipedia yang ke-12 terbesar.[3][4] Mengikut Piotr Łuczynski, timbalan datuk bandar, tugu peringatan akan "menonjolkan kepentingan bandar ini sebagai sebuah pusat akademik".[3] Seorang wakil Wikipedia Poland menyatakan organisasi itu berharap projek ini akan "meningkatkan tahap kesedaran tentang tapak itu dan menggalakkan orang ramai untuk menyumbang kepadanya."[5]

Tugu menggambarkan empat orang yang menjulang sebuah glob yang berlandaskan simbol Wikipedia.[2] Ia setinggi lebih kurang dua meter.[5] Tugu daripada kaca gentian dan resin direka oleh artis kelahiran Armenia, Mihran Hakobyan, yang lulus daripada Collegium Polonicum.[2][3][5] Tugu menelan belanja sebanyak lebih kurang 50,000 złoty (lebih kurang USD $14,000; Euro 12,000) dan dibiayai pihak berkuasa wilayah Słubice.[1][2][3] Ia dijadual untuk dipamerkan pada 22 Oktober 2014,[2] di medan pusat bandar (the pl (Plac Frankfurcki)),[1][5] sekali gus menjadi tugu peringatan pertama buat ensiklopedia dalam talian.[3] Wakil-wakil daripada Yayasan Wikimedia serta organisasi Wikipedia daro Poland dan Jerman (Wikimedia Polska dan Wikimedia Deutschland), merancang untuk menghadiri majlis tontonan tersebut.[3][6]

Rujukan

WikiPedia: Tugu_Wikipedia http://abcnews.go.com/International/wireStory/pola... http://www.spiegel.de/netzwelt/web/wikipedia-polni... http://meta.wikimedia.org/wiki/List_of_Wikipedias //tools.wmflabs.org/geohack/geohack.php?pagename=T... http://www.strefabiznesu.gazetalubuska.pl/artykul/... http://www.thenews.pl/1/9/Artykul/183717,Poland-to... http://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/europe/p... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Wikipe... https://wikimediafoundation.org/wiki/Press_release...